Menurut Profesor S. Ramwella dalam tulisannya di web Info Lanka tuntutan negara Tamil Eelam adalah tidak berasas sama sekali. Beliau menegaskan seluruh perjalanan sejarah Jaffna dari zaman Buddha hingga abad ke 18, tidak menunjukkan bukti wujudnya Kerajaan Tamil Tua di Jaffna.
Kisahnya lebih kurang begini. Nagadipa atau Naka-diva adalah nama purba bagi semenanjung Jaffna. Ia tertulis dalan transkrip Pali berkait lawatan kedua Buddha ke Sri Lanka 600 tahun sebelum Masehi. Dikatakan Buddha mententeramkan perbalahan raja Naga merebut kuasa. Inilah kononnya apa yang dilihat sejarawan Tamil tentang kerajaan tua mereka yang hakikatnya adalah pergaduhan dua ekor jin.
Dalam Mahavamsa, atau Pali purba, akar kesusasteraan Sanskrit dan Tamil dua Naga ini tidak pernah disifatkan sebagai manusia tetapi dalam bentuk supernatural yang menguasai bawah laut yang boleh menyerupai apa-apa. (Jika mengikut akidah Islam, sudah tentu ianya dari bangsa jin)
Jika wujud Kerajaan Tamil yang jika tidak gah pun, sekadar sebuah negara merdeka di sekitar semenanjung Jaffna, sekurang-kurangnya beberapa inskripsi Tamil dari raja-raja yang memerintah sudah tentu ditemui tetapi tidak satu pun yang ditemui kecuali inskripsi Tamil yang ditemui tetapi ditulis oleh raja keturunan Sinhala, Parakramabahu (1153-1186).
Beberapa lagi inkripsi milik raja-raja Sinhala banyak ditemui di daerah Jaffna seperti inskripsi Sanskrit Tiriyaya milik Aggabodhi VI (733-772), rukun Tiruketisvaram milik Sena II(853-887), rukun Mannar Kacceri milik Kassapa IV (898-914), batu bersurat abad kesepuluh milik Abhasalamevan, batu bersurat milik Vijayabahu (1055-1110) dan takhta batu bersurat milik Nissankamalla (1187-1196).
Kecuali Kerajaan Jaffna yang diperintah Aryacakravarti (Tamil: யாழ்ப்பாண அரசு) (1215-1619) yang disebut Ibnu Batutta sebagai Sultan Ceylon, raja berpengaruh Islam itu dikatakan berasal dari Kalinga. Kerajaan ini runtuh dilanggar Portugis.
Penempatan Sinhala di Jaffna wujud melalui bukti sejarah sejak awal pemerintahan raja-raja Sinhala sehingga selepas tamatnya pemerintahan Nayakkar yang memerintah kerajaan Kandy pada tahun 1815, warisnya terus memerintah Kandy yang mana Jaffna telah lama terletak dibawah pemerintahannya.

0 Comments:
Post a Comment